Bearish vs Bullish

Dagang mengikut arah tepat.

Sistem Dan Strategi

Elakkan langgar dinding, dapatkan sistem dan strategi yang tepat. Pasaran dagangan semuanya adalah jangkaan.

Set Indicator Positif Pips

Kepakaran saya adalah membantu trader memasuki pasaran matawang dengan tepat melalui kaedah analisis yang terkini. Siapa disini ingin saya bantu sila PM saya.

Jalan Pilihan Anda

Singkatkan masa anda untuk belajar dagang matawang.

Sistem + Elmu + Tindakan

Pasaran sentiasa bergerak, bertindak sekarang.

Wednesday, October 23, 2013

TERJUN GAUNG, NAIK MINYAK

Salam semua, dari post yang sebelum ini kita saya telah dedahkan bagaimana trend USDCHF berada dalam trend permulaan. Impak dari analisis tersebut saya dapat melihat beberapa matawang lain juga berada dalam posisi yang kukuh untuk BUY atau SELL antaranya ialah EURJPY dan EURUSD.

Bagaimana saya tahu?

Dengan tools analisis dari Pakar Pips banyak perkara yang anda boleh dapat tahu lebih awal. Ya! betul semua analisis adalah jangkaan dan tetap berisiko namun tools dari Pakar Pips membantu meminimumkan risiko dengan langkah menganalisis dengan terperinci dengan hampir tepat. Dari pengamatan saya selama 6 tahun sebenar ia lebih kepada mainan emosi, gagal mengawal emosi  anda akan kehilangan trend.

Saya lebih menggalakkan anda memahami trend keseluruhan pasaran matawang sebelum anda membuat open position. Sebab utamanya ialah anda tidak akan mengalami floating yang luarbiasa dan anda akan tahu dimana anda patut berhenti.

Stop Loss

Ini adalah sangat penting, sebaik mana pun anda membuat analisis MESTI letak stop loss. Saya lebih gemar trade secara lama mungkin 2 hingga 3 minggu, sbb utama saya ialah kerana mahukan satu trend yang kukuh. Saya tahu ramai yang berdagang secara intraday, boleh asalkan anda tahu major trend ambilah pips sebanyak mana pun.

Objektif Pakar Pips

Kami di Pakar Pips ingin memastikan semua trader masuk pasaran dengan trend yang betul kerana ia memberi kesan positif terhadap emosi anda. 


Tuesday, October 22, 2013

UC Semakin Hampir

Salam semua, semalam harga bagi USDCHF telah naik sperti dijangkakan dan kembali menurun seketika. Trend ini kita hanya fokus kepada SELL sahaja disebabkan sokongan kuat dari timeframe hadapan. Correction masih lagi belum selesai bagi timeframe 4H dan harga akan berlegar. 

Pastikan anda membuat analisis dengan baik sebelum memasuki pasaran. Bagi matawang lain jika ada peluang yang baik admin akan kongsikan. USDCHF trend SELL dan EURUSD?.
Siapa yang dapat dia akan faham. :)

Selamat berdagang.

Slide Pic

Koleksi gambar slide.






Monday, October 21, 2013

USDCHF Mendarat



Salam Sejahtera,



Minggu ini kita akan melihat satu peluang terbaik bagi pasangan USDCHF dimana ia berada dipermulaan trend. Berikut ialah hasil analisis dari +pips untuk pasaran minggu ini.



Jelas kita dapat lihat trend Daily, Weekly, Monthly semuanya berada dibawah paras permulaan. Satu peluang yang agak baik untuk membuat open position SELL yang panjang dijangka melibatkan 2 hingga 3 bulan. Namun mari kita fokus untuk minggu ini dari 21 Oct 2013 hingga 25 Oct 2013.

Correction kecil akan berlaku pada timeframe 1H dan 4H dimana harga dijangka naik melepasi 0.9036 (timeframe 4H). Sehingga itu kita hanya menunggu signal terbaik untuk open position selari dengan harga pasaran dimana harga yang melepasi 0.9036 tidak akan dapat menumbusi harga 0.9075. 


Harga terkini: 0.9016
Oveall Trend: SELL
Jangkaan correction selesai: 23 Oct 2013, Rabu
Stop Loss (jika yang telah membuat SELL untuk USDCHF) : SL1 0.9075, SL2 0.9150 

* Ini adalah pendapat dan jangkaan saya berdasarkan hasil analisis indicator Positif Pips. Dilarang sama sekali menjadikan ini sebagai penanda untuk anda memasuki trend. Pastikan anda membuat analisis bedasarkan pemahaman anda dan sedikit bantuan dari analisis ini. Untung atau sebaliknya adalah tanggungjawab anda sendiri.- Admin