Salam semua, dari post yang sebelum ini kita saya telah dedahkan bagaimana trend USDCHF berada dalam trend permulaan. Impak dari analisis tersebut saya dapat melihat beberapa matawang lain juga berada dalam posisi yang kukuh untuk BUY atau SELL antaranya ialah EURJPY dan EURUSD.
Bagaimana saya tahu?
Dengan tools analisis dari Pakar Pips banyak perkara yang anda boleh dapat tahu lebih awal. Ya! betul semua analisis adalah jangkaan dan tetap berisiko namun tools dari Pakar Pips membantu meminimumkan risiko dengan langkah menganalisis dengan terperinci dengan hampir tepat. Dari pengamatan saya selama 6 tahun sebenar ia lebih kepada mainan emosi, gagal mengawal emosi anda akan kehilangan trend.
Saya lebih menggalakkan anda memahami trend keseluruhan pasaran matawang sebelum anda membuat open position. Sebab utamanya ialah anda tidak akan mengalami floating yang luarbiasa dan anda akan tahu dimana anda patut berhenti.
Stop Loss
Ini adalah sangat penting, sebaik mana pun anda membuat analisis MESTI letak stop loss. Saya lebih gemar trade secara lama mungkin 2 hingga 3 minggu, sbb utama saya ialah kerana mahukan satu trend yang kukuh. Saya tahu ramai yang berdagang secara intraday, boleh asalkan anda tahu major trend ambilah pips sebanyak mana pun.
Objektif Pakar Pips
Kami di Pakar Pips ingin memastikan semua trader masuk pasaran dengan trend yang betul kerana ia memberi kesan positif terhadap emosi anda.

0 comments:
Post a Comment