Saturday, June 7, 2014

AUDUSD v/s Margin Level


Salam trader,

MARGIN LEVEL sekali memainkan peranan penting pada minggu lalu. Berjaya kuasai EURJPY tetapi gagal menawan AUDUSD.  Setelah tewas kepada AUDUSD admin dan beberapa rakan telah duduk semeja bagi melihat bagaimana kegagalan mengesan pergerakan AUDUSD yang melawan arah. Setelah hampir 3 jam akhirnya punca telah ditemui yang mana ada 1 bahagian bagi timeframe Daily sedang merubah arah mengikut langkah yang tersusun. 

Kesilapan ini adalah disebabkan fokus yang terlalu berlebihan pada Moving Average sehingga terlepas pandang pergerakan Super Signal dan Parabolic timeframe Daily. 



Jelas gambar diatas menunjukkan hasil analisis jam 4 pagi dimana kegagalan awal berpunca dari Moving Average 1H dan 4H telah berlaku. Ia sebenarnya adalah support kepada timeframe Daily yang telah memulakan langkah perubahan trend. Sebenarnya ia bukanlah perubahan yang kekal kerana timeframe Weekly masih kukuh merubah trend BUY kepada SELL dimana harga terendah telah dicatatkan oleh AUDUSD pada timeframe Weekly cuma Moving Average masih lagi belum support timeframe Weekly. 


Ini adalah chart timeframe Weekly, jika harga AUDUSD melepasi 0.9426 maka dengan ini confirm trend BUY telah kuat dan Super Signal sudah tidak lagi valid bagi timeframe Weekly. 


Ini pula chart bagi timeframe Daily dimana jika harga melepasi 0.9245 maka Super Signal sudah tidak valid bagi timeframe ini dan trend mulai kuat untuk SELL.

Namun 2 price yang telah diberikan tadi bukanlah bersifat kekal kerana jurang current price dan Parabolic akan semakin merapat untuk pertukaran trend. Apa yang kita perlu lakukan hanyalah menunggu trend yang kuat untuk membuat entry.



Ini adalah view keseluruhan bagi AUDUSD untuk next week. Garisan (pink) atas adalah kekal untuk 1 minggu, manakala garisan (pink) bawah akan berubah setiap hari. Timeframe 4H akan memainkan peranan untuk perubahan ke SELL atau terus kuat untuk BUY. 

-Pakar Pips-









0 comments:

Post a Comment