Sunday, June 1, 2014

Analisis Signal AUDUSD Floating

Salam semua trader,

Minggu yang lalu anda telah menerima signal dari Pakar Pips untuk AUDUSD, namun ada beberapa trader yang telahmengambil untung dan beberapa trader lain masih lagi 'floating' dari minggu lalu.

Post kali ini adalah untuk memaparkan arah tuju AUDUSD sepenuhnya bagi membantu trader dalam mengawal 'margin level' dan bersedia untuk membuat 'cut loss' bagi sebarang kemungkinan 'margin call'. 

Kita akan mulakan dengan teknik analisis FX300 bagi major trend (4H, 1D, W1 dan Monthly). Arah tuju dari analisis inilah langkah pertama bagaimana signal positif dihasilkan. Seperti yang saya sentiasa maklumkan kita berdagang mesti kawal 'margin level' dengan baik. Bagi akaun 'leverage 1:200' sebaiknya ialah >500% dan 1:500 >700% margin level sebagai backup bagi menghadapi tekanan luarbiasa pasaran.


Berikut ialah analisis FX300 Major Trend



Dari analisis yang dilakukan AUDUSD masih dalam 'correction' bagi major trend. Dari data Moving Average jelas kelihatan timeframe MN masih lagi kuat untuk SELL dan berlawanan dengan timeframe W1 dimana posisi Moving Average ialah BUY. Bagi timeframe Daily tekanan SELL baru sahaja bermula. Hasil analisis ialah:

Moving Average D1 - SELL    : Parabolic  - BUY

Moving Average W1 - BUY     : Parabolic  - SELL
Moving Average MN - SELL   : Parabolic  - BUY

Bagaimana timeframe support AUDUSD untuk SELL?


Timeframe Daily
Current Price 0.9306

Untuk membolehkan timeframe Daily support SELL trend, price harus melepasi harga 0.9209 atau touch parabolic terakhir. Jika ini berlaku timeframe Daily baru sahaja support AUDUSD untuk SELL. 

Apakah yang membuatkan kita pilih SELL berbanding BUY?

Kunci utama ialah MOVING AVERAGE. Bagi timeframe Daily, MA ,masih lagi dalam posisi SELL yang kuat selagi 'cross' belum berlaku. 

Yang kedua ialah: Timeframe Weekly


Timeframe W1 hanya menunggu Moving Average cross bagi mengukuhkan posisi SELL AUDUSD. Dalam timeframe ini juga Super Signal dan Parabolic sudah lengkap dan petunjuk harga terendah pada 2 minggu lalu bukanlah yang tetap kerana belum muncul Super Signal Buy bagi timeframe W1.

Dengan ini saya masih yakin analisis AUDUSD adalah SELL. Namun sebagai trader yang berdisiplin kita MESTI ada 'margin level' yang baik bagi mengawal pasaran secara perlahan-lahan dimana profit boleh diambil sekitar 5 - 7 pips (bagi yang mahir). 

- Admin Pakar Pips -

1 comment: